Kuih-Muih Malaysia

Hi! Apa khabar semua? Hari ini, amy nak buat sesuatu yang istimewa sempena hari jadi amy. So, I nak perkenalkan beberapa kuih yang amy suka makan.

Ha, lapar tak? Jom kita tengok.

Yang dua ni agak biasa la kitaorang tengok. Yang kiri merah tu namanya kuih angku. Kanan pula tu, err... tak berapa tau la apa nama die. Biasanya dua-dua ni kita tengok kat meja sembahyang kan... Ada satu lagi tersorok pula kat bawah sana tu. Kuih nyonya kat bawah pek kaya. Semua ni kegemaran amy. Pasal diaorang manis-manis... macam amy 😀betul, kan??

 Ni istimewa sikit. Dia tak macam kuih biasa. Nak kata kuih hangus pun bukan. Ada dua jenis, yang putih tu biasa la, yang ni ada gula melaka, oleh itulah warna dia coklat. Rasanya bukanlah manis sangat, ada sedikit melekit pula. Amy rasa yang ni same dengan kuih bingka ambon.

 Tahu tak kueh ketayap paling popular kat mana? Kat mamak la tu sebab senang nak bungkus atau ambik dengan tangan dan makan je tu.

 Kueh ketayap yang paling best tu, kulitnya kena nipis. Pasal bila dah gulung, dia kan tebal. Tak syok la wei kalo makan-makan je cuma ada kuih, takde kemanisan kelapa.

 So, angku tu banyak versinya juga. Biasa yang I makan tu intinya tak manis, cuma kulit dia je tu. Yang ni pun agak sama.

 Tapi dalam tu pula, inti kacang merah.. Ha... sekali je amy try, tak suka. Entahlah, tak biasa pula makan inti kacang merah.

 Ini pula, bola goreng. Ha ha ha bukan bola sepak yea. Kat dalam ni, ada kacang kisar. Agak mujarab juga sebab amy tak berapa suka peanut butter ataupun kacang kat nasi lemak. Tapi yang ni best, beb.

Comments